YAYASAN PERBANDARAN PONTIAN
(YPPn)
Prihatin, Menyantuni, Membina Kesejahteraan
Prihatin, Menyantuni, Membina Kesejahteraan
PENGENALAN
Yayasan Perbandaran Pontian (YPPn) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernaung di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pontian. Berperanan memperkasa kesejahteraan masyarakat melalui pelbagai program kebajikan, pendidikan dan sokongan sosial di dalam daerah Pontian.
Komited menjadi rakan komuniti Pontian dalam membina kehidupan yang lebih baik dan sejahtera untuk semua.
SEJARAH PENUBUHAN
Yayasan Perbandaran Pontian (YPPn) telah ditubuhkan pada tahun 2015 (dahulunya dikenali sebagai Yayasan Majlis Daerah Pontian) sebagai inisiatif kebajikan oleh Majlis Perbandaran Pontian bagi membantu komuniti setempat melalui pelbagai program sosial, pendidikan, perpaduan dan ekonomi.
PENGERUSI
(Tarikh Lantikan : 8 April 2024)
TIMBALAN PENGERUSI
(Tarikh Lantikan : 29 Mei 2025)
AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH
VISI
"Menjadi pemangkin utama kebajikan dan kesejahteraan komuniti di daerah Pontian"
MISI
Menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan seperti pesakit kronik, warga emas yang uzur dan tidak mempunyai pendapatan tetap, golongan miskin tegar, golongan kelainan upaya dan dilanda musibah (ribut, banjir dan kebakaran)
Menyokong pendidikan (termasuk sukan) anak-anak yang bermastautin dalam daerah Pontian dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti awam.
Membangunkan program komuniti sejahtera bersama agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam menjalankan aktiviti berteraskan perpaduan dan kemasyarakatan.
Membantu menjana ekonomi melalui bantuan latihan kemahiran dan khidmat nasihat perniagaan.
PENGURUS
PEMBANTU TADBIR
Aras 1, Blok B, Majlis Perbandaran Pontian, Jalan Alsagoff, 82000 Pontian, Johor
Email : yppnjohor@gmail.com
Telefon : 011-1109 7274
Whatsapp : 011-1109 7274